Ahad, 5 April 2009

Projek Sivik Untuk Orang Kampung

Ini la, Dewan Perang Pak Wan Teh

Ini koi nak sentuh pasal aktiviti rakyat Sanggang pada musim dulu, konon nya pada musim dulu tak ada apa pun aktiviti untuk raayat nye. Misalnya kalau orang perempuan diadakan belajar berzanji, manakala budak-budak pula diadakan kelas Kompang.... jadi kalau diadakan kenduri kawin misalnya jadi tak payahlah jemput orang dari luar pulak, macam raayat Sanggang ketandusan ilmu. Koi dengor cerita pada zaman lalu kalau budak-budak tu nak gunakan dewan untuk belajar bermain kompang, Tok4 ni tak benorkan kononnya menganggu / membuat bising . . . . . masyaallah !!!!!!! Tok4-tok4......... jadinya budak-budak muda boleh jadi budaya lepak, sebab buat sana tak boleh.... buat sini tak boleh ! ! ! ! ! !. Seingat koi jarang sangat la kenduri kawin adakan majlis berzanji dan juga ada kumpulan kompang, sedeh nye la SANGGANG . . . . , kalau Tok4 hanya memegang jawatan sahaja, x payah la.... bior la cuba orang lain pulak yang membuat pentadbiran Sanggang, sepatutnya Sanggang dah menjadi Kampung sebutan di daerah Temerloh dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh rakyat Sanggang.

Sabtu, 4 April 2009

Pilehan Tok Empat Sanggang ( Tok4 )

Assalamualaikum aduhai Rakyat Sanggang............
Koi adalah anak jati Sanggang yang telah lama berhijrah ke Lembah Klang, tetapi hati dan mata koi sentiasa melihat dan mendengar khabar berita mengenai Sanggang (macam CCTV) juga. Berita yang terbaharu yang koi dengar adalah Pilehan "KETUA KAMPUNG SANGGANG" , yang akan berlangsung tak beberapa lama lagi, pemilehan ini agak sengit juga kerana ianya pertanding tiga penjuru.. Hem.. hebat juga tu.... macam Persidangan UMNO yang baru berlangsung tak beberapa lama dulu. Kita imbas kembali akan jawatan ini, yang mana ini lah pertama kali jawatan Tok4 (panggil Tok4 jer la) dipertandingkan dan pemilehan nya adalah dari rakyat Sanggang sendiri (baik juga tu)..... Koi takut dengan jawatan ini ada udang di sebalik batu, nak ambil kesempatan dengan jawatan itu, kepentingan diri sendiri atau pun keluarga nya.
Ini koi nak menyentuh dengan ikhlas pencalunan yang akan bertanding tu, koi dengar Tok4 lama pun akan masuk bertanding, pada pandangan koi...... cukup2 ler!! sepanjang pentadbiran yang dah lepas tu, banyak rakyat Sanggang yang kurang senang dengan tindak tanduk pentadbiran Tok4 yang lama tu, setahu koi dari segi apa pun bantuan daripada kerajaan jauh panggang dari api, boleh kira dengan jari orang yang dapat bantuan .... lebih2 lagi macam ibu tunggal...... kesian dengan dia orang, habuk pun tadak !!! . . . . . . . . , koi juga dengar Tok4 yang lama ini ada orang kuat d'belakang nye bergelar Dato', Tok4 ini pandai cari makan . . . . . . . . pandai ampu ! ! !, yang koi hairannya kenapa pulak Dato' ini campur tangan dalam hal ini ??, biarkan rakyat Sanggang yang menentukannya, walaupun Dato' ni orang Sanggang juga tapi dah berhijrah keluara dari Tempatan Sanggang.
Dalam hal Dewan orang ramai yang d'adakan untuk orang ramai, maka tersebutlah kisah mengatakan sesiapa nak mengunakan dewan tersebut sabagai aktiviti bersukan badminton atau sepak raya (takrow) maka ianya akan dikenakan bayaran, jadi kalau tak der duit maka bermainlah mereka ditepi rumah aje. Hai nasiblah......rakyat Sanggang, kerajaan dah sediakan dewan orang ramai (kat kampung) untuk anak-anak muda menjalankan aktiviti bersukan, tapi ada macam-macam undang-undang dan peraturan !!!! bukannya untuk kemudahan orang kampung, tapi ....... fikirlah sendiri !!!......
Ini koi baru dapat tahu berkenaan aturan mengundi bagi Jawatan Tok4 tu, kabornya setiap keluarga yang mempunyai tiga orang atau lebih maka hanya 2 orang yang layak mengundi, eh !!! macam mana pulak jadi gitu ???? undang-undang mana yang diguna pakai???? pelek betui koi mendegor nye...... , koi nie pelek dengan cerita kat Sanggang ni . . . . . . , setahu koi Jawatan Tok4 tu telah lama d'ambil aleh oleh Tok4 yang baru (dah elok dah tu) tiba-tiba sekarang ini timbul pula "Rebutan Kuasa" ( macam kat negeri Perak pulak yer?? ) dan nak aderkan Pemilehan Jawatan Tok4 pulak . . . . ., koi tak faham sangat apa kurangnya Tok4 yang ader sekarang ini ???.....