Rabu, 23 September 2009

PEMILIHAN (ELECTION) TOK4 SANGGANG

Assalamualaikum rakyat Sangang,

Bersempena bulan baik ini koi mengucapkan Selamat Hari Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Sanggang khasnya dan seluruh muslim dan muslimat yang tahu di mana Sanggang..

Sori la dah lama koi tak update blog koi nie, sebab dah lama juge tak balik ke Sanggang, jadi tak dapat berita-berita yang terkini dan juge pergolakan dengan rakyat Sanggang. Yang sebenornya tak ada niat langsung di ati koi untuk mengate atau mengumpat individu tertentu, tetapi apa yang hendak borak-borakkan kali ini ada individu yang seolah-olah berebut kuasa “KETUA KAMPUNG SANGGANG”. Masalah ini telah lama berlanjutan dari tiga, empat bulan yang lepas tetapi tak ada satu penyelesaian secara baik / releven.

Koi yang berhijrah ke kota ni, selalu teropong-teropong dengan pergolakan ini, nampaknya no ending. Jadi rakyat Sanggang yang menjadi mangsa di belengu dengan masalah ini, seolah-olah jawatan ini macam jawatan MB Pahang pulak. Dulu nye koi dengor dah di buat election (pemilihan) tetapi di tarik balik setelah Tok Empat mengalami kekalahan, tetapi Tok Empat tu tak mahu menghadapi relialiti yang sebeno nya. Kalau dah kalah tu, sudah la…. letak aje la jawatan tu, bagi laluan pulak kepada orang yang dipilih oleh rakyat Sanggang sendiri.

Wahai rakyat Sanggang mari kita fikirkan bersama macam mana kita nak menyelesaikan masalah ini supaya tidak ada perpecahan dikalangan rakyat Sanggang yang penduduknya tak beberapa kerat saja, apakah dengan kekuasaan itu ada kepentingan yang boleh mendatangkan hasil?? atau ada benda-benda lain yang boleh masuk ke tengkolok kaum keluarga dan juga kroni-kroni???, tapi pada pendapat koi dalam soal ini Tok Penghulu Sanggang mesti jadi orang tengah yang adil, selesaikan masalah ini, tetapi sayang apa yang koi dengor amat mengecewakan, seolah-olahnya Penghulu Sanggang No Power untuk menyelesaikan masalah ini. (sbb Tok Empat ada kuasa kebal)

Aduhai rakyat Sanggang !!! pabila bertanya kepada rakyat Sanggang yang menjadi penduduk tetap Sanggang, apakah sumbangan dan khidmat yang telah dibuat oleh Tok Empat sekarang????? Haprak…….(kata org P.Pinang – ertinya tanya pada org Penang), kita ni bukan apa…., cubalah kita lihat dengan kampong sejiran sebelah menyebelah ….. macam mana khimat Tok Empat mereka??. Kita mesti ingat selain dari pembangunan kampong, kita mesti menitik beratkan kesejahteraan dan kemamuran rakyat kampong kita, jangan baru memohon sesuatu bantuan dah kata tak layak, tak lulus dan sebagainya (belum pun sampai ke Jabatan yang berkenaan), sepatutnya majukan dulu permohonan tersebut dengan surat sokongan baru lah di katakan perkhidmatan yang murni dan cemerlang kepada rakyat Sanggang. Cubalah buat pengurusan kampong secara professional sikit, buat monitoring kepada semua penduduk kampong, sama ada mereka-mereka memerlukan bantuan dan sebagainya. Apa yang kita boleh tengok, ada kalangan penduduk Sanggang yang kehidupannya bagitu daif tetapi tidak ada apa-apa bantuan yang diterima, yang sebenornya ada dikalangan penduduk yang rasa rendah diri untuk memohon bantuan, dalam bab ini koi rasa Tok Empat yang memainkan peranan yang penting bagi menguruskan permohonan bantuan kerajaan untuk mereka.

Wahai pemuda - pemudi rakyat Sanggang, koi belas dengor perhubungan kalian dengan Tok Empat Sanggang, kalau zaman koi dulu anak-anak muda aktif dengan persatuan Belia 4B, diadakan team bola sepak la, team sepak raga la, dan macam-macam aktiviti pemuda. Apa yang dengor sendiri dari budak yang sedang membesor, Tok Empat ni h a m p e e h ,,,,,,,,, perhubung yang tak sekata dan sehaluan (Tok Empat membenci dengan pemuda-pemuda) koi rasa banyak mesti banyak diperbetuikan masalah pemuda Sanggang, supaya dapat menukar minda, supaya dapat memujuk kaum pemuda berjemaah ke masjid, supaya dapat anak-anak muda menjalankan aktiviti yang sihat dan bebagainya. Dulu pernah koi dengan Tok Empat ni seolah-olah mengunakan kuasa diluar batasannya dengan mengunakan senjata api menembak ke atas sebagai amaran kepada anak-anak muda bermain mercun. Kita fikirkan apakah tindakan ini wajar??? koi rasa Tok Empat ni dah tua dan nyanyok!! Suka-suka dia aje membuat tindakan sedemikian (Polis tak ambil tindakan series dengan kes ini, sebab Tok Empat ni ader orang kuat di belakangnya, kalau orang lain buat macam tu dah lama masuk jel).

Sabtu, 2 Mei 2009

KERUSI TOK4

Assalamualaikum..........
Aduhai rakyat Sanggang........
Koi pada 01 May 2009 bersempena dengan Hari Buruh berkesempatan dengan rakyat kota yang lain balek ke kampung masing-masing. Bagi koi distinasinya tak lain ialah SANGGANG, lebih-lebih lagi untuk Bonda yang disayangi........
Alhamdulillah, ari tu kebetulan Hari Jumaat aku berkesempatan memunaikan Sembahyang Jumaat bersama rakyat Sanggang, masjid baru… tapi kalau nak di bandingkan dengan Masjid lama, lebih besar dengan Masjid yang lama. Itu tak kesah la, rakyat Sanggang pun entah tinggal beberapa kerat saja lagi yang ader, tapi ari Jumaat bleh kata ramai juga laa, tapi klau berjumaah magrib tu, dua shaf pun tak sampai, aku tengok ada juga aktiviti ceramah ugama jemputan (Alhamdulillah) tapi yang hadir pun tak beberapa kerat ajer.
Kawan aku cakap ini ada kaitan nya dengan gejala perebutan kuasa Tok4 juga, sebab mengikut cerita yang aku dapat, bakal Tok4 di kedua-dua orang ni, tak sebulu/sehaluan, so ada lah pengikut2 masing-masing (macam pemilehan UMNO juga la), ianya terbawa-bawa sampai hal keagamaan, sebagai contoh kalau Tok4 lama jadi imam maka mengikutnya lah saja yang hadir, disebaliknya kalau bakal Tok4 yang satu lagi jadi imam maka Tok4 lama tak hadir termasuk kuncu-kuncu nya. MasyaAllah apa nak jadi dengan Rakyat Sangang sekaran ini.
Apa yang koi dengar juga pemilehan Ketua Kampung (Tok4) yang baru tak ada pun sok sek, bila pilehan akan di adakan, mengikut cerita dulunya pada penghujung bulan April, tapi diam jer, sekarang dah bulan May (5)………. Ramai penganalisis mengatakan Tok4 lama akan jatuh dengan terok bila pemilehan nanti, munkin ini salah satu sebab pemilehan tertangguh tanpa di kabar beritakan kepada rakyat Sanggang. Koi pun ader juga dengan berita dulu pun Tok4 sekarang naik pun bukan diatas sokongan rakyat Sanggang tetapi picit butang lif naik sendiri, tulis surat sendiri mengatakan rakyat Sanggang mencalunkan nya untuk menjadi Tok4.

Ahad, 5 April 2009

Projek Sivik Untuk Orang Kampung

Ini la, Dewan Perang Pak Wan Teh

Ini koi nak sentuh pasal aktiviti rakyat Sanggang pada musim dulu, konon nya pada musim dulu tak ada apa pun aktiviti untuk raayat nye. Misalnya kalau orang perempuan diadakan belajar berzanji, manakala budak-budak pula diadakan kelas Kompang.... jadi kalau diadakan kenduri kawin misalnya jadi tak payahlah jemput orang dari luar pulak, macam raayat Sanggang ketandusan ilmu. Koi dengor cerita pada zaman lalu kalau budak-budak tu nak gunakan dewan untuk belajar bermain kompang, Tok4 ni tak benorkan kononnya menganggu / membuat bising . . . . . masyaallah !!!!!!! Tok4-tok4......... jadinya budak-budak muda boleh jadi budaya lepak, sebab buat sana tak boleh.... buat sini tak boleh ! ! ! ! ! !. Seingat koi jarang sangat la kenduri kawin adakan majlis berzanji dan juga ada kumpulan kompang, sedeh nye la SANGGANG . . . . , kalau Tok4 hanya memegang jawatan sahaja, x payah la.... bior la cuba orang lain pulak yang membuat pentadbiran Sanggang, sepatutnya Sanggang dah menjadi Kampung sebutan di daerah Temerloh dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh rakyat Sanggang.

Sabtu, 4 April 2009

Pilehan Tok Empat Sanggang ( Tok4 )

Assalamualaikum aduhai Rakyat Sanggang............
Koi adalah anak jati Sanggang yang telah lama berhijrah ke Lembah Klang, tetapi hati dan mata koi sentiasa melihat dan mendengar khabar berita mengenai Sanggang (macam CCTV) juga. Berita yang terbaharu yang koi dengar adalah Pilehan "KETUA KAMPUNG SANGGANG" , yang akan berlangsung tak beberapa lama lagi, pemilehan ini agak sengit juga kerana ianya pertanding tiga penjuru.. Hem.. hebat juga tu.... macam Persidangan UMNO yang baru berlangsung tak beberapa lama dulu. Kita imbas kembali akan jawatan ini, yang mana ini lah pertama kali jawatan Tok4 (panggil Tok4 jer la) dipertandingkan dan pemilehan nya adalah dari rakyat Sanggang sendiri (baik juga tu)..... Koi takut dengan jawatan ini ada udang di sebalik batu, nak ambil kesempatan dengan jawatan itu, kepentingan diri sendiri atau pun keluarga nya.
Ini koi nak menyentuh dengan ikhlas pencalunan yang akan bertanding tu, koi dengar Tok4 lama pun akan masuk bertanding, pada pandangan koi...... cukup2 ler!! sepanjang pentadbiran yang dah lepas tu, banyak rakyat Sanggang yang kurang senang dengan tindak tanduk pentadbiran Tok4 yang lama tu, setahu koi dari segi apa pun bantuan daripada kerajaan jauh panggang dari api, boleh kira dengan jari orang yang dapat bantuan .... lebih2 lagi macam ibu tunggal...... kesian dengan dia orang, habuk pun tadak !!! . . . . . . . . , koi juga dengar Tok4 yang lama ini ada orang kuat d'belakang nye bergelar Dato', Tok4 ini pandai cari makan . . . . . . . . pandai ampu ! ! !, yang koi hairannya kenapa pulak Dato' ini campur tangan dalam hal ini ??, biarkan rakyat Sanggang yang menentukannya, walaupun Dato' ni orang Sanggang juga tapi dah berhijrah keluara dari Tempatan Sanggang.
Dalam hal Dewan orang ramai yang d'adakan untuk orang ramai, maka tersebutlah kisah mengatakan sesiapa nak mengunakan dewan tersebut sabagai aktiviti bersukan badminton atau sepak raya (takrow) maka ianya akan dikenakan bayaran, jadi kalau tak der duit maka bermainlah mereka ditepi rumah aje. Hai nasiblah......rakyat Sanggang, kerajaan dah sediakan dewan orang ramai (kat kampung) untuk anak-anak muda menjalankan aktiviti bersukan, tapi ada macam-macam undang-undang dan peraturan !!!! bukannya untuk kemudahan orang kampung, tapi ....... fikirlah sendiri !!!......
Ini koi baru dapat tahu berkenaan aturan mengundi bagi Jawatan Tok4 tu, kabornya setiap keluarga yang mempunyai tiga orang atau lebih maka hanya 2 orang yang layak mengundi, eh !!! macam mana pulak jadi gitu ???? undang-undang mana yang diguna pakai???? pelek betui koi mendegor nye...... , koi nie pelek dengan cerita kat Sanggang ni . . . . . . , setahu koi Jawatan Tok4 tu telah lama d'ambil aleh oleh Tok4 yang baru (dah elok dah tu) tiba-tiba sekarang ini timbul pula "Rebutan Kuasa" ( macam kat negeri Perak pulak yer?? ) dan nak aderkan Pemilehan Jawatan Tok4 pulak . . . . ., koi tak faham sangat apa kurangnya Tok4 yang ader sekarang ini ???.....