Rabu, 23 September 2009

PEMILIHAN (ELECTION) TOK4 SANGGANG

Assalamualaikum rakyat Sangang,

Bersempena bulan baik ini koi mengucapkan Selamat Hari Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Sanggang khasnya dan seluruh muslim dan muslimat yang tahu di mana Sanggang..

Sori la dah lama koi tak update blog koi nie, sebab dah lama juge tak balik ke Sanggang, jadi tak dapat berita-berita yang terkini dan juge pergolakan dengan rakyat Sanggang. Yang sebenornya tak ada niat langsung di ati koi untuk mengate atau mengumpat individu tertentu, tetapi apa yang hendak borak-borakkan kali ini ada individu yang seolah-olah berebut kuasa “KETUA KAMPUNG SANGGANG”. Masalah ini telah lama berlanjutan dari tiga, empat bulan yang lepas tetapi tak ada satu penyelesaian secara baik / releven.

Koi yang berhijrah ke kota ni, selalu teropong-teropong dengan pergolakan ini, nampaknya no ending. Jadi rakyat Sanggang yang menjadi mangsa di belengu dengan masalah ini, seolah-olah jawatan ini macam jawatan MB Pahang pulak. Dulu nye koi dengor dah di buat election (pemilihan) tetapi di tarik balik setelah Tok Empat mengalami kekalahan, tetapi Tok Empat tu tak mahu menghadapi relialiti yang sebeno nya. Kalau dah kalah tu, sudah la…. letak aje la jawatan tu, bagi laluan pulak kepada orang yang dipilih oleh rakyat Sanggang sendiri.

Wahai rakyat Sanggang mari kita fikirkan bersama macam mana kita nak menyelesaikan masalah ini supaya tidak ada perpecahan dikalangan rakyat Sanggang yang penduduknya tak beberapa kerat saja, apakah dengan kekuasaan itu ada kepentingan yang boleh mendatangkan hasil?? atau ada benda-benda lain yang boleh masuk ke tengkolok kaum keluarga dan juga kroni-kroni???, tapi pada pendapat koi dalam soal ini Tok Penghulu Sanggang mesti jadi orang tengah yang adil, selesaikan masalah ini, tetapi sayang apa yang koi dengor amat mengecewakan, seolah-olahnya Penghulu Sanggang No Power untuk menyelesaikan masalah ini. (sbb Tok Empat ada kuasa kebal)

Aduhai rakyat Sanggang !!! pabila bertanya kepada rakyat Sanggang yang menjadi penduduk tetap Sanggang, apakah sumbangan dan khidmat yang telah dibuat oleh Tok Empat sekarang????? Haprak…….(kata org P.Pinang – ertinya tanya pada org Penang), kita ni bukan apa…., cubalah kita lihat dengan kampong sejiran sebelah menyebelah ….. macam mana khimat Tok Empat mereka??. Kita mesti ingat selain dari pembangunan kampong, kita mesti menitik beratkan kesejahteraan dan kemamuran rakyat kampong kita, jangan baru memohon sesuatu bantuan dah kata tak layak, tak lulus dan sebagainya (belum pun sampai ke Jabatan yang berkenaan), sepatutnya majukan dulu permohonan tersebut dengan surat sokongan baru lah di katakan perkhidmatan yang murni dan cemerlang kepada rakyat Sanggang. Cubalah buat pengurusan kampong secara professional sikit, buat monitoring kepada semua penduduk kampong, sama ada mereka-mereka memerlukan bantuan dan sebagainya. Apa yang kita boleh tengok, ada kalangan penduduk Sanggang yang kehidupannya bagitu daif tetapi tidak ada apa-apa bantuan yang diterima, yang sebenornya ada dikalangan penduduk yang rasa rendah diri untuk memohon bantuan, dalam bab ini koi rasa Tok Empat yang memainkan peranan yang penting bagi menguruskan permohonan bantuan kerajaan untuk mereka.

Wahai pemuda - pemudi rakyat Sanggang, koi belas dengor perhubungan kalian dengan Tok Empat Sanggang, kalau zaman koi dulu anak-anak muda aktif dengan persatuan Belia 4B, diadakan team bola sepak la, team sepak raga la, dan macam-macam aktiviti pemuda. Apa yang dengor sendiri dari budak yang sedang membesor, Tok Empat ni h a m p e e h ,,,,,,,,, perhubung yang tak sekata dan sehaluan (Tok Empat membenci dengan pemuda-pemuda) koi rasa banyak mesti banyak diperbetuikan masalah pemuda Sanggang, supaya dapat menukar minda, supaya dapat memujuk kaum pemuda berjemaah ke masjid, supaya dapat anak-anak muda menjalankan aktiviti yang sihat dan bebagainya. Dulu pernah koi dengan Tok Empat ni seolah-olah mengunakan kuasa diluar batasannya dengan mengunakan senjata api menembak ke atas sebagai amaran kepada anak-anak muda bermain mercun. Kita fikirkan apakah tindakan ini wajar??? koi rasa Tok Empat ni dah tua dan nyanyok!! Suka-suka dia aje membuat tindakan sedemikian (Polis tak ambil tindakan series dengan kes ini, sebab Tok Empat ni ader orang kuat di belakangnya, kalau orang lain buat macam tu dah lama masuk jel).